Sabtu, 16 Ogos 2014

Hari Terindah Buatku..

..BISMILLALHIRRAHMANIRRAHIM..
Assalamualaikum..wbt..

Ini adalah kisah aku yang ingin aku kongsikan kepada semua pembaca blog yang sudi singgah ke sini.. Walaupun aku tidak pandai berkata-kata ataupun menaip dengan tatabahasa yang betul, aku cuba untuk menaip dengan caraku yang tersendiri. Jika salah perkataan atau salah ejaannya maafkan lah aku.

Episod Pengenalan aku kepada seseorang yang aku gelarkannya Johan. Memang nama itu yang aku sentiasa ingat. Cukup membuat aku tersentuh hati untuk menerimanya. Bukan mudah untuk aku menerima seorang lelaki yang baik latar belakangnya. Aku hanya insan biasa yang banyak masa silamnya. Sebaik aku mengenalinya hidup aku berubah seperti seorang yang berfikiran matang pada hakikatnya aku mempunyai sikap keanak-anakan. 

Aku mengenali Johan secara tidak sengaja. Ia bermula ketika aku pergi ke siber cafe yang berdekatan. Aku melayari laman sesawang chatting secara tidak sengaja. Ramai nama-nama singkatan yang ingin berkenalan denganku. Ye, pada mulanya aku hanya layan suka-suka untuk kepuasan sendiri. Tapi aku tertarik dengan nama singkatan  Joe.. Dari situ aku mengenalinya dan kami bertukar nombor telefon. dan pada Saat itu, aku sentiasa berhubung dengannya sekadar SMS(khidmat pesanan ringkas) tanpa bertemu didepan mata.

Dalam pada masa yang sama aku tidak mengetahui latar belakangnya. Aku menganggapnya seorang yang baik saja yang boleh menjadi tempat aku berkongsi cerita. Aku meneruskan rutin harianku seperti biasa. Bekerja tanpa perasaan semangat bekerja, hanya menanti sms si dia. Kenapalah dengan aku ketika itu, hendak dikatakan orang sedang bercinta tidak pula sebegitu. Hanya kawan biasa.

Sejak aku berkawan dengan dia, kawan-kawan yang lain aku lupakan, aku lebih selesa dengan dia. Entah mengapa aku boleh tertarik dengannya. Aku ada kekasih tetapi serupa tiada kekasih. Aku sedar aku tidak secantik perempuan-perempuan yang pandai bergaya. Aku hanya perempuan yang agak kasar orangnya.
Uhmm.. aku tidak pernah menemui johan sepanjang kami berkawan, aku hanya diberikan gambar untuk tatapan harian. Orangnya gagah dah kacak rupanya. Alhamdulillah, sepanjang aku berkawan dengannya tidak pula dia menghina rupa ku. Dia ikhlas berkawan denganku.

Setelah beberapa minggu kenal dia, aku dikejutkan dengan satu berita yang mengejutkan dari keluarga. Abang sulung aku telah mengalami satu kemalangan jalan raya. Ketika ini hati aku jadi sedih tapi pada hakikatnya didalam hati aku juga ada sedikit rasa gembira. Itu biarlah rahsia aku kenapa aku sebegitu. Lalu aku terus menghantar sms kepada dia yang ketika itu baru pulang dari menghantar kawannya. Aku pula dalam perjalanan ke hospital bersama keluarga. Setibanya aku dihospital, dia sudah menanti kehadiran aku didepan lobi hospital sedangkan aku hanya memerhatikannya saja. Memang tidak pernah bersua muka dengannya. hanya melalui gambar aku mengenalinya. Kebetulan keluarga aku berada disitu, aku memperkenalakan dia kepada keluarga aku. 

Tidak disangka pertemuan aku dengan dia telah menjadi rapat serta mesra. Kami berkawan dan cuba untuk mengenali hati masing-masing. Aku tidak minat bercinta, apatah lagi dia. Aku tahu dia ada teman wanita tapi dia juga sama seperti aku yang sentiasa dilupakan. Hanya bila diperlukan saja ia kembali. Itulah nasib bila mempunyai pasangan sendiri.

Setelah sebulan kami berkawan, Ayahku ingin bersua muka dengannya. Didalam hati aku hanya ada tanda tanya yang entah apa soalan dan jawapan dalam kepala. Tapi dia memberanikan diri untuk menemui ayahku. Ye, aku sangka ayahku tidak menerima dia sebagai kawanku malahan ayahku menyuruh dia masuk meminang aku. Dari riak wajahnya ada sedikit terkejut dan gembira, tapi aku pula yang kebinggungan sendiri. Tidakku tahu sama sekali ayah meluahkan niatnya untuk bermenantukan dia. Alhamdulillah.. keluarga aku setuju dengan keputusan ayah. Begitu juga keluarganya.. Sepanjang tempoh kami menguruskan hal perkahwinan kami, dia sedikit demi sedikit menceritakan latar belakangnya. Yang ketiadaan ibubapa dan di jaga abang-abangnya. Walaupun latar belakang dia lebih kurang sama denganku, aku tetap terima juga dia. Aku pernah bertanya dengannya "saya dari keluarga yang bermasalah dan saya tidak pernah terfikir pun untuk berkahwin".. Tapi jawapan yang telah dia berikan kepada aku amat tersentuh hati." Biarlah, setiap orang ada masalah. tak cantik ke apa ke tu tolak tepi yang penting kita jalankan hubungan ini sampai dah sah". tersentap kejap dengan jawapan sebegini. Mana ada lelaki yang boleh bagi harapan sebegini. Kebanyakkan aku mengenali lelaki semuanya pengecut dan fikiran mereka terlalu sempit. Yang mereka tahu hanya enjoy..enjoy..enjoy sampai puas. Aku tidak salahkan semua lelaki yang berperangai sebegitu, sesetengah daripada mereka sentiasa fikir masa hadapan..

Akhirnya, aku telah disatukan dengannya. walaupun terasa sekejap kami berkawan tetiba kami berkahwin pula. Kami sah menjadi suami isteri. Dengan usia aku yang masih muda dan baru habis menduduki peperiksaan SPM. Hanya tuhan saja tahu apa perasaan aku ketika itu. Gembira.. ye.. tentu sekali aku gembira, aku sudah mempunyai pendamping hidup sendiri. Sejak itu kami bercinta selepas kami di ijab kabulkan secara sah oleh Tuan kadi.

Itulah hari-hari aku dipenuhi warna bahagia.. setelah setahun kami mendirikan rumah tangga, aku disahkan mengandung oleh doktor. Tidak ku sangka aku akan menjadi ibu muda pada usia sebegini. Semestinya orang pertama yang gembira tentang ini adalah suamiku. Dia menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Sehinggakan aku ingin melahirkan anak dia sentiasa ada disisiku dan pada masa itu dia dihalang oleh pengawal keselamatan hospital. Dia melihat setiap kesakitan yang aku alami, dia sanggup meminjamkan tangannya untuk aku melepaskan tekanan. Walaupun aku amat beremosi ketika itu tapi dia sabar dengan karenahku.
Pada saat aku ingin meneran.. aku sempat buat aksi yang melucukan. haha.. jika tidak aku tidak dapat hilangkan rasa kesakitan yang aku alami. Dan akhirnya, telah lahirlah anak lelaki cukup sifat dan sempurna di muka bumi ini. Alhamdulillah, selesai jua perjuangku disini untuk melahirkan seorang anak yang terhasil dari kami berdua. Aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang suami yang baik dan peramah serta anak yang comel kepadaku. Amin..

Dengan ini, lengkaplah ahli keluargaku. Walaupun cerita aku ini ada sedikit kurang faham tapi aku cuba untuk memperbetulkannya. Aku kini bahagia disamping suami dan anak tersayang.. Dan aku juga bakal melahirkan anak kedua pada hujung tahun ini. Jika cerita aku ini tidak menarik Aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung jari kaki. aku hanya ingin berkongsi cerita kepada anda semua.

Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan