Rabu, 17 Disember 2014

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Assalamualaikum..
Berjumpa kita lagi dalam blog yang nak berhabuk ni.. hehe.. Dah lama aku nak kongsikan cerita aku ni.. Tapi tidak kesampaian pulak.. Aku terpanggil nak cerita pengalaman bersalin anak kedua ni sejak beberapa minggu yang lepas lagi.. tapi oleh kerana aku masih dalam pantang ni boleh la aku cite lah ye..
Bila aku ingat2 balik apa yang berlaku kat aku ni, pasti korang tak percaya atau pun kurang minat nak tahu kan.. Yelah, aku cite ni dari pengalaman aku sendiri.. korang pun mesti ada pengalaman yang tersendirikan.. Apa yang berlaku kat aku masa tu, aku dah sakit.. Sakit dibawah bahagian perut yang mana kepala baby dah kebawah.. Aku ajak hubby pergi hospital, pasal sakit tu tiap kali nak bangun aku rasa tak selesa dan berjalan pun tak betul.. Hospital yang pertama aku pergi ialah Hospital Sultan Ismail.. Hospital yang berdekatan la senang citenya aku pergi daftar diri di bilik saringan kat Hsi ni, bila nurse cek buku pink aku katanya takde sijil nikah dan takde no pendaftaran nikah.. Uit.. aku pelik.. bukannya kat klinik desa dah tulis ke.. nurse tu kata takde.. Dasyat dah ni... tu hari bukan main lagi mintak sijil nikah.. Apalah... Dah siap daftar aku kena check dengan doktor pelatih.. Mulalah operasi seluk menyeluknya, Doktor tu kata jalan dah bukak 1CM.. tapi bila scan katanya baby songsang.. masa ni aku kurang happy sikit..tapi mengikut firasat aku baby boleh berpusing lagi bila dah nak keluar.. aku buat tak tahu yang tu, tapi hubby plak yang pening.. yelah, takut aku kena bedah je. aku kalau boleh taknak kena bedah..huhu
Ok, doktor suh aku balik.. doktor tu terangkan kalau ada tanda2 seperti keluar darah bercampur lendir, sakit perut yang kuat, air ketuban pecah cepat2lah ke hospital.. Aku angguk je lah.. sebab masa nak bersalinkan ahmad aku sakit ubat je. takde pulak tanda2 cam tu.. 
Aku dapatkan hubby, dan citekan semuanya kat dia.. Dia pun angguk tanda faham.. nurse kat kaunter daftar tu pun terangkan tanda2 bersalin.. dia tengok due date aku 16/12 dan dia tambah lagi sepuluh hari, jadilah 26/12..dalam otak aku kata.. nak suruh anak aku mati dalam perut ke ape ni.. gila.. pastu nurse pakai baju biru menyampuk cakap macam nak makan aku je.. macamlah aku buat salah kat dia.. haish..tensen..aku dan hubby baliklah macam biasa dengan hati yang kecewa..
Selepas seminggu, sakit tu datang lagi.. Kali ni aku pergi kat Hospital besar plak.. Iaitu Hospital Sultanah Aminah johor.. Pergi pun tunggu hubby balik kerja.. Kesian dia, tak sempat makan lagi dah ajak pergi hospital.. huhu.. ok, sambung lagi.. Sampai aje aku kat Hsa tu, aku daftar diri dan terus masuk bilik saringan.. Dan bermulalah opersai seluk- menyeluk.. Dan doktor pelatih jugak yang cek aku.. adoi.. katanya jalan dah buka 2cm.. dah aku di sahkan ada kencing kotor.. Aik.. sejak bilalah aku ada kencing kotor ni.. setahu aku lah kan.. aku sedang mengalamin keputihan yang teruk.. mungkin masa kencing tu bercampur tu yang kena kencing kotor.. huhu..Selesai sudah cek2 ni.. aku pun balik hubby lak dah macam tak larat nak drive keta.. Nak tak nak drive la dengan perlahannya..
aku buatlah kerja rumah macam biasa.. Aktiviti ke klinik pn diteruskan.. doktor kat klinik scan perut aku.. katanya kepala baby betul2 dibawah.. tu jangkaan yang dapat aku teka.. so, bila2 masa lah aku boleh bersalin.. aku tak nak ikut due date ni.. semua tu tak betul lah.. yang aku nak kan.. cukup bulan je aku nak check in wad.. hahaha.. jahatnya aku... 
Dalam minggu yang sama selepas pergi klinik desa tu sakit aku datang lagi.. ni sakit kat bahagian bawah perut.. bukan tanda2 nak bersalin.. yelah, aku mana tahu.. aku ajaklah hubby pergi hospital kebetulan plak hubby balik lunch kat umah.. Aku tak pergi hospital yang dekat pun, aku pergi  hsa lagi untuk kepastian.. kali ni doktor platih lelaki yang cek aku.. katanya jalan aku dah buka 1cm.. aikkk.... tu hari 2cm.. dia kata 1cm........!!? woi, tak pandai ukur ke hape doktor ni.. dah sedap seluk boleh lak ko cakap 1cm ye.. dia mungkin tak puas hati lagi dia suh doktor pakar seluk dan cek jalan.. doktor pakar tu cakap 2cm.. haiyaaa... konfius sudah aku jadinya.. Aku keluar dari bilik tu cite kat hubby.. dia marah, marah pasal doktor tu main2.. kami baliklah dengan hati yang geramm.. mau tak geram.. aku sakit dia boleh lak buat main2.. haish.. benci la.. balik je sampai umah aku buat kerja.. Mengemas lah,membasuh lah, mencucilah.. macam2 aku buat supaya jalan bukak cepat.. sampai badan aku penat aku kerjakan.. 
Keesokkan harinya iaitu hari jumaat... aku jadi tak selesa.. sakit kat bawah perut tu makin menjadi-jadi.. tiap kali nak bangun je aku kena pegang dinding sebagai bantuan.. aku buatlah aktiviti macam biasa.. Buatkan sarapan untuk hubby, sediakan pakaian kerja dia.. Tetiba, terdetik hati aku nak tukar pad.. sebelum tukar aku kesat dulu pakai tisu.. sekali kesat je aku tengok ada darah kat tisu tu.. aku panik jap.. lepas tu aku tunjuk kat hubby tanda bukti.. dia lak baru siap2 nak pergi kerja.. tunjuk je la darah tu.. hubby tak pikir banyak dah.. dia suruh aku bersiap, aku nak mandi dulu pun dia tak bagi.. sementara tu dia pergi panggil adik aku untuk jaga ahmad.. kelam kabut kejap jadinya.. dia bagi pilihan nak ke hsa ke hsi.. aku jawab ke hsi je, dekat pn dekat.. ok, dia ok je.. asalkan aku boleh ke hospital dengan cepat.. dah on the way nak ke hospital tu jem lak.. adoi.. sabar je la.. sampai je kat hsi aku turun dulu, hubby lak parking keta.. sampai je bilik saringan hsi aku terus masuk untuk check up.. ha.... kat sinilah bermulanya episod aku dihalau.. ada doktor pelatih cek aku, dia seluk cek jalan dah bukak 3cm.. Alhamdulillah... cpt2 aku wassap kt hubby.. dia pun terus bg semangat kat aku.. hehe.. doktor pelatih tu datang kat aku dan bagitahu yang aku kena balik dulu.. aku cakap kat dia.. kenapa kena balik plak.. kan dah kuar tanda.. darah pn dah banyak kuar.. tak kan tak prasan lagi.. dia cuba tenangkan aku.. dan cakap kat aku ' puan, kalau betul2 dah sakit perut mengeras puan bleh datang sini lagi'.. Hish... apa lak.. saya ni ada anak kecik kat umah.. suami plak jarang ada kat umah.. tak boleh tahan kat wad dulu ke?.. dia seboleh2 suruh aku balik.. kemudian dia blah cam tu je.. aku jadi geram.. aku wassap kt hubby.. hubby jadi keliru., adoi... permainan apakah ini.. lepas tu, ada lak nurse ni jerit nama aku sampai satu bilik saringan dengar.. malu woi.... malu.., macam aku ni anjing je jerit2 cm tu,... aku kuar dengan muka selamba.. tak tahu hati aku ni panas.. macam nak sembelih je nurse dan doktor platih tu.... aku dan hubby jadi buntu.. dan keputusan hubby yang terakhir.. cuba plak ke hospital kota tinggi.. Kami pergi juga ke kota.. dlm pjalan ke sana ada lak jem.. polis buat pemeriksaan.. tapi hubby tak beratur mcm keta2 lain.. dia ikut jalan kecemasan, sampai betul2 depan polis tu kena tahan jap.. hubby bgtahu ' isteri sy nk bersalin ni, nk ke hspitl kota..' polis tu tengok dan terus kasi jalan.. baikkan polis tu... gehehehe.. Sampai di hospital kota je aku tak sempat duduk dah terus kena masuk bilik saringan dan hubby lak pergi daftar wad untuk aku.. jadi kat sini aku tersenyum puas... hubby pn happy dah aku kena tahan kat situ.. walaupun jauh, dengan keadaan aku yang sakit masa tu je lah pilihan yang dapat dilaksanakan...

Sabtu, 16 Ogos 2014

Hari Terindah Buatku..

..BISMILLALHIRRAHMANIRRAHIM..
Assalamualaikum..wbt..

Ini adalah kisah aku yang ingin aku kongsikan kepada semua pembaca blog yang sudi singgah ke sini.. Walaupun aku tidak pandai berkata-kata ataupun menaip dengan tatabahasa yang betul, aku cuba untuk menaip dengan caraku yang tersendiri. Jika salah perkataan atau salah ejaannya maafkan lah aku.

Episod Pengenalan aku kepada seseorang yang aku gelarkannya Johan. Memang nama itu yang aku sentiasa ingat. Cukup membuat aku tersentuh hati untuk menerimanya. Bukan mudah untuk aku menerima seorang lelaki yang baik latar belakangnya. Aku hanya insan biasa yang banyak masa silamnya. Sebaik aku mengenalinya hidup aku berubah seperti seorang yang berfikiran matang pada hakikatnya aku mempunyai sikap keanak-anakan. 

Aku mengenali Johan secara tidak sengaja. Ia bermula ketika aku pergi ke siber cafe yang berdekatan. Aku melayari laman sesawang chatting secara tidak sengaja. Ramai nama-nama singkatan yang ingin berkenalan denganku. Ye, pada mulanya aku hanya layan suka-suka untuk kepuasan sendiri. Tapi aku tertarik dengan nama singkatan  Joe.. Dari situ aku mengenalinya dan kami bertukar nombor telefon. dan pada Saat itu, aku sentiasa berhubung dengannya sekadar SMS(khidmat pesanan ringkas) tanpa bertemu didepan mata.

Dalam pada masa yang sama aku tidak mengetahui latar belakangnya. Aku menganggapnya seorang yang baik saja yang boleh menjadi tempat aku berkongsi cerita. Aku meneruskan rutin harianku seperti biasa. Bekerja tanpa perasaan semangat bekerja, hanya menanti sms si dia. Kenapalah dengan aku ketika itu, hendak dikatakan orang sedang bercinta tidak pula sebegitu. Hanya kawan biasa.

Sejak aku berkawan dengan dia, kawan-kawan yang lain aku lupakan, aku lebih selesa dengan dia. Entah mengapa aku boleh tertarik dengannya. Aku ada kekasih tetapi serupa tiada kekasih. Aku sedar aku tidak secantik perempuan-perempuan yang pandai bergaya. Aku hanya perempuan yang agak kasar orangnya.
Uhmm.. aku tidak pernah menemui johan sepanjang kami berkawan, aku hanya diberikan gambar untuk tatapan harian. Orangnya gagah dah kacak rupanya. Alhamdulillah, sepanjang aku berkawan dengannya tidak pula dia menghina rupa ku. Dia ikhlas berkawan denganku.

Setelah beberapa minggu kenal dia, aku dikejutkan dengan satu berita yang mengejutkan dari keluarga. Abang sulung aku telah mengalami satu kemalangan jalan raya. Ketika ini hati aku jadi sedih tapi pada hakikatnya didalam hati aku juga ada sedikit rasa gembira. Itu biarlah rahsia aku kenapa aku sebegitu. Lalu aku terus menghantar sms kepada dia yang ketika itu baru pulang dari menghantar kawannya. Aku pula dalam perjalanan ke hospital bersama keluarga. Setibanya aku dihospital, dia sudah menanti kehadiran aku didepan lobi hospital sedangkan aku hanya memerhatikannya saja. Memang tidak pernah bersua muka dengannya. hanya melalui gambar aku mengenalinya. Kebetulan keluarga aku berada disitu, aku memperkenalakan dia kepada keluarga aku. 

Tidak disangka pertemuan aku dengan dia telah menjadi rapat serta mesra. Kami berkawan dan cuba untuk mengenali hati masing-masing. Aku tidak minat bercinta, apatah lagi dia. Aku tahu dia ada teman wanita tapi dia juga sama seperti aku yang sentiasa dilupakan. Hanya bila diperlukan saja ia kembali. Itulah nasib bila mempunyai pasangan sendiri.

Setelah sebulan kami berkawan, Ayahku ingin bersua muka dengannya. Didalam hati aku hanya ada tanda tanya yang entah apa soalan dan jawapan dalam kepala. Tapi dia memberanikan diri untuk menemui ayahku. Ye, aku sangka ayahku tidak menerima dia sebagai kawanku malahan ayahku menyuruh dia masuk meminang aku. Dari riak wajahnya ada sedikit terkejut dan gembira, tapi aku pula yang kebinggungan sendiri. Tidakku tahu sama sekali ayah meluahkan niatnya untuk bermenantukan dia. Alhamdulillah.. keluarga aku setuju dengan keputusan ayah. Begitu juga keluarganya.. Sepanjang tempoh kami menguruskan hal perkahwinan kami, dia sedikit demi sedikit menceritakan latar belakangnya. Yang ketiadaan ibubapa dan di jaga abang-abangnya. Walaupun latar belakang dia lebih kurang sama denganku, aku tetap terima juga dia. Aku pernah bertanya dengannya "saya dari keluarga yang bermasalah dan saya tidak pernah terfikir pun untuk berkahwin".. Tapi jawapan yang telah dia berikan kepada aku amat tersentuh hati." Biarlah, setiap orang ada masalah. tak cantik ke apa ke tu tolak tepi yang penting kita jalankan hubungan ini sampai dah sah". tersentap kejap dengan jawapan sebegini. Mana ada lelaki yang boleh bagi harapan sebegini. Kebanyakkan aku mengenali lelaki semuanya pengecut dan fikiran mereka terlalu sempit. Yang mereka tahu hanya enjoy..enjoy..enjoy sampai puas. Aku tidak salahkan semua lelaki yang berperangai sebegitu, sesetengah daripada mereka sentiasa fikir masa hadapan..

Akhirnya, aku telah disatukan dengannya. walaupun terasa sekejap kami berkawan tetiba kami berkahwin pula. Kami sah menjadi suami isteri. Dengan usia aku yang masih muda dan baru habis menduduki peperiksaan SPM. Hanya tuhan saja tahu apa perasaan aku ketika itu. Gembira.. ye.. tentu sekali aku gembira, aku sudah mempunyai pendamping hidup sendiri. Sejak itu kami bercinta selepas kami di ijab kabulkan secara sah oleh Tuan kadi.

Itulah hari-hari aku dipenuhi warna bahagia.. setelah setahun kami mendirikan rumah tangga, aku disahkan mengandung oleh doktor. Tidak ku sangka aku akan menjadi ibu muda pada usia sebegini. Semestinya orang pertama yang gembira tentang ini adalah suamiku. Dia menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Sehinggakan aku ingin melahirkan anak dia sentiasa ada disisiku dan pada masa itu dia dihalang oleh pengawal keselamatan hospital. Dia melihat setiap kesakitan yang aku alami, dia sanggup meminjamkan tangannya untuk aku melepaskan tekanan. Walaupun aku amat beremosi ketika itu tapi dia sabar dengan karenahku.
Pada saat aku ingin meneran.. aku sempat buat aksi yang melucukan. haha.. jika tidak aku tidak dapat hilangkan rasa kesakitan yang aku alami. Dan akhirnya, telah lahirlah anak lelaki cukup sifat dan sempurna di muka bumi ini. Alhamdulillah, selesai jua perjuangku disini untuk melahirkan seorang anak yang terhasil dari kami berdua. Aku bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang suami yang baik dan peramah serta anak yang comel kepadaku. Amin..

Dengan ini, lengkaplah ahli keluargaku. Walaupun cerita aku ini ada sedikit kurang faham tapi aku cuba untuk memperbetulkannya. Aku kini bahagia disamping suami dan anak tersayang.. Dan aku juga bakal melahirkan anak kedua pada hujung tahun ini. Jika cerita aku ini tidak menarik Aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung jari kaki. aku hanya ingin berkongsi cerita kepada anda semua.

Wassalam..